Skip to main content

Who are we? Should we do this to the nature?

Salam,

Today I want to try to make the English entry. But I only do half of entry only. The rest I use the Malay language

As you know, Malaysia has a natural forest environment. The country's equatorial climate caused many tourists come to Malaysia for travel.

Today, I want to tell a story that happened right in front of me. I hope this incident can serve as a lesson to us as human beings who are appointed by God to preserve the earth.

30 September 2010, Jam 11.00am

Aku menaiki bas dari Dungun, Terengganu menuju ke kampung aku di Negeri Sembilan. Suasana dalam bas yang agak sejuk membuatkan aku berasa lemah dan mengantok. Tapi entah kenapa, mata ini tidak mahu pejam pulak. Walhal, aku mengantok. Aduhai...

Jam 11.56am

Bas berhenti di hentian bas berhampiran kawasan Paka. Bas mengambil penumpang seterusnya. Pelancong rupanya.
Dari segi rupa dan dialek yang digunakan, aku sangat pasti mereka adalah pelancong dari China atau Korea.

Mahu ke Kuantan atau ke Cherating agaknya. Yang membuatkan aku tertarik dengan mereka ini adalah, mereka 
menggunakan GPS untuk memberi panduan ke tempat yang mereka ingin tuju. Setiap 15 minit mesti mereka tengok GPS. Mungkin mereka takut terlepas tempat yang dituju..

Jam 2.00pm

Bas melalui sebatang jalan kampung yang mana pemandangan kiri kanan adalah hutan tebal. Bukan main suka lagi pelancong ni tengok hutan, macam takder jer kat negara diorang. 

Tapi dalam beberapa minit kemudian, tetiba di kiri jalan menjadi terang.... sudah tiada HUTAN di situ. Hanya ada beberapa jentolak yang sedang mengorek tanah, lori keluar masuk membawa tanah dan tanah merah yang terbentang luas. Seketika kemudian sebelah kanan jalan pun begitu.

Muka mereka yang begitu teruja tadi bertukar menjadi muram, sedih, marah dan bermacam lagi.... Mereka bercakap-cakap diantara mereka. Entah apa yang dikatakan mereka pun aku tak tahu. 

Aku yang melihat kejadian ini pun menjadi sedih. Lalu, aku tertanya, siapa kita sebagai manusia? Patutkah kita lakukan ini pada alam? Renungkanlah...

Who are we? Should we do this to the nature? Think about it....

Comments

  1. tue ar, aku pon nmpk gak...huhu, sedih...tapi kita tak terdaya nk wat pape....takkan pihak berkuasa xtau? bende yg mrk wat tue terang-benderang....haiz....bersyukurlah negara kita dikurnia dgn hutan yg elok, tgk2 sekelip mata je, anak2 kita dh xdpt nikmati dah....hilang sume

    ReplyDelete
  2. sedih citer ni... tu yg sekarang gov sibuk buat agro tech tuh...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pedoman - Solat, Umpama Mandi Lima Kali Sehari

By S.A. Salam kepada semua pembaca, Jabir r.a menceritakan bahawa dia mendengar Rasullah s.a.w. bersabda, "Lima kali solat setiap hari itu umpama sebuah anak sungai yang mengalir di depan pintu rumah seseorang yang mandi di dalamnya lima kali sehari." Abu Hurairah r.a menceritakan bahawa Rasullah s.a.w. pernah bertanya pada sahabatnya ; " Adakah kamu percaya bahawa kotoran melekat pada tubuh seseorang yang mandi lima kali sehari dalam sungai yang mengalir di depan rumahnya?"

Proton recalls Satria Neo, Gen.2

SUBANG JAYA: National carmaker Proton has announced a recall of its Gen.2 and Satria Neo models made between 2004 and 2008 because of potential safety concerns over a clock spring malfunction. The clock spring connects switches and airbags to the radio, horn and cruise control. The recall, according to a statement by Proton yesterday, is part of the company’s Global Quality Assurance (GQA) programme.  It affects 15,911 cars out of a total of 660,000 produced and sold by Proton over the four-year period.