Skip to main content

Seluruh dunia datang mengerumuni dunia Islam

Salam kepada semua pembaca,

Memang benar apa yang disabdakan oleh Rasullah s.a.w. akan keadaan umat Islam pada akhir zaman ini. Walaupun mereka mempunyai bilangan yang ramai tetapi mereka selalu dipersendakan dan menjadi alat permainan bangsa-bangsa lain. Mereka ditindas, diinjak-injak, disakiti, dibunuh dan sebagainya.

Bangsa-bangsa dari seluruh dunia, walaupun berbeza-beza agama, mereka bersatu untuk melawan dan melumpuhkan kekuatannya.

Sebenarnya kekalahan kaum Muslimin adalah berpunca dari dalam diri kaum Muslimin itu sendiri, iaitu penyakit "wahan" yang merupakan penyakit campuran dari dua unsur yang selalu wujud dalam  bentuk kembar dua, "cinta dunia" dan "takut mati"

Kedua-dua penyakit ini tidak dapat dipisahkan. "Cinta Dunia" bermaksud tamak, rakus dunia dan tidak ada perasaan untuk berkorban dengan diri dan jiwa dalam memperjuangkan agama, bakhil dan tidak mahu mendermakan harta di jalan Allah s.w.t.

"Takut Mati" pula bernaksud leka dengan kehidupan. Kita berdoa agar Allah s.w.t. menurunkan nusrahNya kepada kaum muslimin dan memberikan kepada meereka kejayaan di dunia dan di akhirat.

Comments

Popular posts from this blog

Who are we? Should we do this to the nature?

Salam, Today I want to try to make the English entry. But I only do half of entry only. The rest I use the Malay language As you know, Malaysia has a natural forest environment. The country's equatorial climate caused many tourists come to Malaysia for travel. Today, I want to tell a story that happened right in front of me. I hope this incident can serve as a lesson to us as human beings who are appointed by God to preserve the earth.

Pedoman - Solat, Umpama Mandi Lima Kali Sehari

By S.A. Salam kepada semua pembaca, Jabir r.a menceritakan bahawa dia mendengar Rasullah s.a.w. bersabda, "Lima kali solat setiap hari itu umpama sebuah anak sungai yang mengalir di depan pintu rumah seseorang yang mandi di dalamnya lima kali sehari." Abu Hurairah r.a menceritakan bahawa Rasullah s.a.w. pernah bertanya pada sahabatnya ; " Adakah kamu percaya bahawa kotoran melekat pada tubuh seseorang yang mandi lima kali sehari dalam sungai yang mengalir di depan rumahnya?"